Saturday 22 February 2014

Hidup Aku.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahirobil Alamin, Wassolatuwassala Muala Ashrafil Anbia Iwal Mursalin, Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain. Segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam.
                

 Sejak kebelakangan ini ,hidup aku terasa lain. Aku juga tidak tahu mengapa. Sudah dua kali aku bermimpi benda yang pelik. Pertama,aku mimpi benda yang menakutkan.Sewaktu dalam mimpi itu, aku baca Ayat Kursi sehingga kakak aku pun dengar. Kakak aku sudah bangun masa tu.Dah dua kali berlaku. Pertama ,sewaktu aku di rumah. Dan kedua sewaktu di hostel.Ya Allah, tatkala aku tersedar dari mimpi ,habis berpeluh-peluh . Aku takut Ya Allah.Aku tahu mimpi hanyalah mainan tidur. Tetapi ,aku rasa ini lain.Tidak pernah aku bermimpi sebegini sebelum ini.Aku berserah pada-Mu Ya Allah. Aku bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran hidupku selepas ini. Allahuakbar !  



No comments:

Post a Comment